Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 Sekolah Menengah ini telah ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral Tingkatan 1 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Buku ini bertujuan untuk membentuk individu yang memiliki akhlak yang mulia dan berintegriti, serta memegang nilai-nilai universal berdasarkan prinsip moral. Selain itu, ia juga memberikan sumbangan kepada perpaduan dan kesejahteraan negara dan masyarakat global.
Buku teks ini memfokuskan kepada empat bidang utama, iaitu Bidang 1: Pengenalan Moral, Bidang 2: Individu, Keluarga dan Persahabatan, Bidang 3: Hubungan antara Individu, Komuniti dan Masyarakat, serta Bidang 4: Moral, Peraturan dan Undang-undang. Setiap bidang ini terdiri daripada 17 unit yang berdiri sendiri sebagai satu modul. Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, setiap unit mengandungi enam bahagian yang meliputi rangsangan, konsep, pengukuhan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Di akhir buku teks, terdapat senarai rujukan dan indeks yang berguna.
Isi Kandungan Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1
Unit 1: Kenali Moral
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- maksud moral melalui contoh.
- perbezaan perlakuan baik, benar dan patut.
- kepentingan berkelakuan baik, benar dan patut.
- perasaan apabila berkelakuan baik, benar dan patut.
- cara perlakuan baik, benar dan patut.
Unit 2: Insan Bermoral Pilihan Hidup
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- maksud insan bermoral.
- contoh ciri insan bermoral.
- kepentingan menjadi insan bermoral.
- keperluan menjadi insan bermoral.
- perlakuan insan bermoral dalam kehidupan masyarakat majmuk.
Unit 3: Hidup Bermoral Pemangkin Kesejahteraan
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- kepentingan mempelajari moral.
- cara hidup bermoral dan tidak bermoral.
- manfaat mempelajari moral dalam kehidupan.
- cara mempraktikkan perlakuan bermoral dalamkehidupan seharian.
Unit 4: Hidup Beragama atau Kepercayaan Membawa Berkat
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- kepelbagaian amalan keagamaan atau kepercayaan rakyat Malaysia.
- cara menghormati kepelbagaian amalan keagamaan atau kepercayaan untuk memperkukuh perpaduan.
- kepentingan hidup beragama atau berkepercayaan.
- cara menzahirkan perasaan apabila mengamalkan cara hidup beragama atau berkepercayaan.
- mempraktikkan hidup beragama atau berkepercayaan dalam kehidupan harian.
Unit 5: Serlahkan Potensi Diri
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- kekuatan dan kelemahan diri.
- cara membaiki kelemahan diri.
- contoh kekuatan diri.
- menghargai keistimewaan diri.
- mengaplikasikan potensi diri untuk kesejahteraan hidup.
Unit 6: Hubungan Mesra Keluarga Bahagia
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- cara menyayangi anggota keluarga.
- kepentingan menyayangi anggota keluarga.
- merangka aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
- menunjukkan perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga.
- melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Unit 7: Bijaksana Memilih Sahabat
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- membanding bezakan ciri sahabat positif dan negatif.
- kebaikan menjalin hubungan persahabatan.
- kesan memilih sahabat yang negatif.
- cara menjalin persahabatan tanpa mengabaikan hubungan kekeluargaan.
- menzahirkan perasaan bersyukur kerana mempunyai sahabat yang baik.
- amalan persahabatan yang positif demi perpaduan kaum.
Unit 8: Warga Prihatin Sekolah Sejahtera
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- ciri warga sekolah yang sejahtera.
- cara meningkatkan kesejahteraan warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.
- kepentingan meningkatkan kesejahteraan warga sekolah.
- menzahirkan perasaan apabila kesejahteraan warga sekolah terpelihara.
- mengamalkan cara hidup sejahtera sebagai warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Unit 9: Keselamatan Tempat Tinggal Tanggungjawab Bersama
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- ancaman keselamatan di kawasan kediaman.
- kepentingan mengekalkan keselamatan di kawasan kediaman.
- langkah-langkah untuk mengekalkan keselamatan di kawasan kediaman.
- menzahirkan perasaan apabila keselamatan di kawasan kediaman terjamin.
- pelibatan diri dalam aktiviti menjaga keselamatan di kawasan kediaman tanpa mengira kaum.
Unit 10: Kemudahan Awam Dijaga Bersama
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- kepentingan kemudahan awam kepada masyarakat.
- cara menjaga kemudahan awam secara bersama-sama.
- kesan vandalisme terhadap masyarakat dan negara.
- perasaan berbangga akan kemudahan awam yang disediakan.
- menzahirkan perasaan apabila kemudahan awam dirosakkan.
- menjaga kemudahan awam secara bersama-sama.
Unit 11: Masyarakat Priatin Alam Terpelihara
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- cara menjaga alam sekitar.
- kepentingan menjaga alam sekitar.
- kesan jika tidak menjaga alam sekitar.
- menzahirkan perasaan apabila menjaga alam sekitar.
- penglibatan diri secara proaktif ketika mengurus alam sekitar secara bersama.
Unit 12: Remaja Berhemah Harapan Negara
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- ciri remaja berhemah.
- kepentingan menjadi remaja berhemah.
- kaitan antara remaja berhemah dengan imej negara.
- perasaan bangga menjadi remaja harapan negara.
- perlakuan remaja berhemah dalam masyarakat.
Unit 13: Patuhi Etiket Keluarga Harmoni
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- pelbagai etiket di rumah.
- kepentingan etiket di rumah.
- kesan sekiranya etiket di rumah tidak dipatuhi.
- cara menzahirkan perasaan apabila mengamalkan etiket di rumah.
- cara mempraktikkan etiket di rumah sebagai amalan dalam kehidupan harian.
Unit 14: Hindari Ketagihan Hidup Sejahtera
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- contoh perlakuan ketagihan yang membawa mudarat.
- kesan ketagihan terhadap diri remaja.
- cara mengatasi dan menghindari ketagihan yang memudaratkan remaja.
- menzahirkan perasaan apabila ketagihan yang memudaratkan diri dapat diatasi.
- cara mengamalkan gaya hidup sihat supaya bebas daripada ketagihan.
Unit 15: Patuhi Peraturan Sekolah
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- peraturan sekolah.
- kesan jika tiada peraturan di sekolah.
- akibat jika peraturan sekolah dilanggar.
- kepentingan mematuhi peraturan sekolah demi mengekalkan keharmonian sekolah.
- cara menzahirkan perasaan apabila mematuhi peraturan sekolah.
- perlunya memberikan kerjasama dalam pelaksanaan peraturan sekolah tanpa mengira kaum.
Unit 16: Kenali Hak Kanak-Kanak
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- hak asasi kanak-kanak.
- kepentingan melindungi hak asasi kanak-kanak demi kesejahteraan hidup.
- badan kerajaan dan bukan kerajaan yang melindungi hak asasi kanak-kanak.
- cara badan kerajaan dan badan bukan kerajaan melindungi hak asasi kanak-kanak demi kesejahteraan masyarakat.
- cara menzahirkan perasaan apabila hak kanak-kanak dilindungi oleh pelbagai pihak tanpa mengira kaum.
- cara mengambil tindakan untuk melindungi hak kanak-kanak.
Unit 17: Rasuah Musuh Negara
Dalam unit ini, saya belajar tentang:
- menjelaskan maksud rasuah.
- menjelaskan perbuatan rasuah dengan contoh.
- menghuraikan kesan perbuatan rasuah.
- menyarankan cara untuk membanteras rasuah demi kesejahteraan masyarakat.
- melahirkan rasa benci kepada perbuatan rasuah demi keharmonian hidup.
- menghindari perbuatan rasuah dalam kehidupan harian.
Download Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 Lengkap
No | Buku Geografi Tingkatan 1 | Pautan |
1 | Buku Teks Digital Pendidikan Moral KSSM Tingkatan 1 (Unit 1 – Unit 17) | ? |
Download Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 Setiap Bab
No | Buku Geografi Tingkatan 1 | Pautan |
1 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Kandungan | ? |
2 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 1 | ? |
3 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 2 | ? |
4 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 3 | ? |
5 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 4 | ? |
6 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 5 | ? |
7 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 6 | ? |
8 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 7 | ? |
9 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 8 | ? |
10 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 9 | ? |
11 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 10 | ? |
12 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 11 | ? |
13 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 12 | ? |
14 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 13 | ? |
15 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 14 | ? |
16 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 15 | ? |
17 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 16 | ? |
18 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Unit 17 | ? |
19 | Pendidikan Moral Tingkatan 1 – Rujukan, Indeks | ? |
Kesimpulan
Penulisan buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 1 KSSM menurut teks.my bertujuan untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Dalam buku ini, penekanan diberikan kepada tiga domain moral utama, iaitu pemikiran moral, emosi moral, dan perlakuan moral dalam kalangan murid. Aktiviti dan latihan yang berbeza dalam buku ini digunakan untuk menerapkan ketiga-tiga domain ini. Guru juga boleh mengubahsuai aktiviti dan latihan mengikut tahap kecerdasan, kebolehan, dan persekitaran murid. Lakonan, jelajah ilmu, projek, dan reka cipta adalah beberapa contoh aktiviti yang terdapat dalam buku ini.
Aktiviti dan latihan dalam buku ini memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi, berinteraksi, bekerjasama dalam pasukan, mendapatkan maklumat, serta memupuk sikap penyayang dan patriotik. Buku teks ini sesuai dengan hasrat KSSM untuk menghasilkan murid yang mempunyai Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21. Oleh itu, buku ini juga memberi tumpuan kepada empat tahap pemikiran dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Selain itu, terdapat juga penekanan pada Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Kajian Masa Depan, Kemahiran Penyelesaian Konflik, dan Kemahiran Kreativiti. Buku teks ini menyediakan pelbagai alat berfikir seperti peta pemikiran dan soalan aras tinggi untuk merangsang pemikiran murid dalam setiap unit.