√ Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 (Download)

Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 1 ini merupakan kesinambungan daripada buku teks Reka Bentuk dan Teknologi sekolah kebangsaan. Buku ini dihasilkan berpandukan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang terangkum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) RBT Tingkatan 1. Buku ini dapat memenuhi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kementerian Pendidikan Malaysia yang menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Standard Kandungan RBT ini terdiri daripada lima tajuk utama, iaitu Pengenalan kepada Reka Bentuk dan Teknologi, Pengurusan Projek, Proses Reka Bentuk, Lakaran, dan Aplikasi Teknologi. Setiap bab didahului dengan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu dikuasai oleh murid, grafik berkaitan dengan isi pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid sebagai rangsangan, manakala refleksi minda pada akhir pembelajaran dan latihan sebagai pengukuhan isi. Pada setiap bab diselitkan dengan ruangan info, bahagian aktiviti dan jom buat, langkah keselamatan di kelas atau bengkel serta penggunaan ikon yang menarik dan bermakna.

Fokus diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor), dan nilai serta sikap (efektif) yang sesuai dengan kebolehan murid berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP). Elemen Merentas Kurikulum (EMK) juga diterapkan bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Murid juga didedahkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus sehingga berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan serta refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan mampu mencipta sesuatu yang baharu.

Sehubungan dengan itu, penulis berharap agar Buku Teks RBT Tingkatan 1 ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pendidikan di peringkat sekolah menengah, terutamanya untuk menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21 ini. Semoga hasil penulisan ini menjadi asas untuk melahirkan modal insan yang cemerlang serta berkemahiran yang mampu menyumbang idea ke arah kemajuan dan pembangunan negara.

Isi Kandungan Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1

Berikut isi kandungan buku RBT yang bukutekstingkatan.com rumuskan:

BAB 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.1 Dunia Reka Bentuk
1.1.1 Definisi reka bentuk dan teknologi.
1.1.2 Elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih.
1.1.3 Prinsip reka bentuk.
1.1.4 Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk
1.1.6 Kriteria reka bentuk yang baik.
1.1.7 Membina objek asas.

1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi
1.2.1 Senarai kepentingan reka bentukdan teknologi
1.2.2 Peranan reka bentuk
1.2.3 Etika dalam reka bentuk
1.2.4 Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi.

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk
1.3.1 Definisi invensi dan inovasi
1.3.2 Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk.
1.3.3 Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini

BAB 2: PENGURUSAN PROJEK

21 Pengurusan Projek Reka Bentuk.
2.1.1 Definisi pengurusan projekreka bentuk
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah.
21.3 Langkah pengurusan pelaksanaan projek
2.1.4 Merangka perancangan projek.
21.5 Analisis perancangan projek dan jadual kerja.
2.1.6 Penyediaan anggaran kos.
21.7 Pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan.

BAB 3: PROSES REKA BENTUK

3.1 Projek Brief.
3.1.1 Definisi projek brief.
3.1.2 Ciri projek brief
3.1.3 Perancangan projek brief.
3.1.4 Menyaring maklumat dalam projek brief.
3.1.5 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran. se
3.1.6 Pembinaan mock-up atau model se
3.1.7 Penilaian hasil mock-up atau model

BAB 4: LAKARAN

4.1 Lakaran Piktorial.
4.1.1 Peranan lakaran dalam reka bentuk
4.1.2 Teknik lakaran piktorial
4.1.3 Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
4.1.4 Pemilihan lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk.
4.1.5 Penilaian maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih.
4.1.6 Penambahbaikan pada lakaran yang dipilih

BAB 5: APLIKASI TEKNOLOGI

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi.
5.1.1 Definisi sistem fertigasi
5.1.2 Komponen utama sistem fertigasi
5.1.3 Lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi 120
5.1.4 Analisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigas 122
5.1.5 Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi 12
5.1.6 Pembinaan mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem tertigasi

5.2 Reka Bentuk Fesyen.
5.2.1 Definisi reka bentuk fesyen.
5.2:2 Jenis reka bentuk fesyen
5.2.3 Teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen
5.2.4 Lakaran reka bentuk fesyen.
5.2.5 Analisis elemen dalam Reka bentuk fesyen
5.2.6 Jenis bahan dalam Reka bentuk fesyen
5.2.7 Penghasilan reka bentuk fesyen.

Download Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 (Lengkap)

NoPendidikan Islam Tingkatan 1Pautan
1Buku Teks Digital Reka Bentuk dan Teknologi KSSM Tingkatan 1 (Bab 1.1 – Bab 5.2)?

Download Buku Teks Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 (Setiap Bab)

NoPendidikan Islam Tingkatan 1Pautan
1Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Kandungan?
2Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 1.1?
3Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 1.2?
4Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 1.3?
5Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 2?
6Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 3?
7Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 4?
8Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 5.1?
9Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Bab 5.2?
10Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1 – Jawapan?

Kesimpulan

Buku Teks RBT Tingkatan 1 adalah buku yang memenuhi keperluan pendidikan di sekolah menengah. Ia mengikuti SK dan SP dalam DSKP RBT Tingkatan 1 serta memenuhi KSSM. Buku ini fokus pada penguasaan ilmu, kemahiran, nilai, dan sikap. EMK diterapkan untuk menguatkan kemahiran dan KBAT diperkenalkan untuk merangsang pemikiran berstruktur. Penulis berharap buku ini mencipta insan berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Photo of author

Team Teks

Kami komited untuk menyediakan konten berkualiti tinggi yang dapat membantu meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik anda.